"Jika seorang ingin mendidik anaknya mendoakan ibu bapanya, ibu bapa
terlebih dahulu kena rajin mendoakan anaknya."
InsyaAllah....
Rasulullah s.a.w. telah menggariskan empat tahap mendidik anak iaitu:
Tahap pertama : Anak
yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendakkah kita banyak
bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana
haiwan menjaga anak.
Tahap kedua : Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh(14 tahun)hendaklah kita
mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.
Tahap ketiga : Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik
dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka
selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.
Tahap keempat : Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan
kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat.Ibu bapa
hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka
terkawal.
7 Kaedah Mendidik Anak dgn. cemerlang -- Dr. Fadzilah Kamsah
1) Kaedah Pesanan & Arahan - Antara bentuk pesanan dan arahan kepada anak-anak :
- Mengenai solat di awal waktu
- Adab dengan orang tua-tua
- Adab dengan guru
- Adab dengan kawan-kawan
- Tugas harian di rumah
- Mengemas bilik sendiri termasuk meja belajar.
- Tatacara makan mengikut sunnah nabi
- Cara belajar yang berkesan
- Ingat sentiasa menutup aurat apabila keluar dari rumah
- Keselamatan jalan raya
- Tanggungjawab melindungi adik-adik.
2) Kaedah Bercerita - untuk mendidik anak-anak secara tidak langsung melalui pemahamam minda
bawah sedar mereka, menyampaikan maklumat dan menyerapkan pengajaran
yang boleh dicungkil daripada cerita tersebut, mengerat dan merapatkan
hubungan anak dan ibu bapa, anak-anak boleh menggambarkan di minda
mereka dengan lebih jelas dan ini lebih berkesan bergantung kepada
kemahiran pencerita.
3) Kaedah Soal Jawab - akan menggerakkan minda anak-anak.
Ibu bapa hendaklah memberi penjelasan atau jawapan kepada persoalan yang
ditanya oleh anak daripada orang yang mahir dalam bidangnya.
4) Kaedah Merujuk Pengalaman lalu - jdkan penglman yg +ve sbgai teladan & yg -ve sbgai pengjran...Buktikan dngn gambar,doc or barangan peningglan supaya mudah faham.
5) Kaedah Nasihat & Teguran - meliputi hal akidah,akhlak, kesihatan,tgjawab, suci hati dan erti kesusahan.
6) Kaedah Bermain & Bergurau - apabila anak berasa gembira & disayangi,insyaAllah mereka akn menjd anak y b'disiplin & b'akhlak mulia.
7) Kaedah Latihan yg Berterusan - mengikut jantina,usia dan jngn lupa beri pujian sekiranya anak-anak berjaya melepasi latihan yg diberikan.
Sekian.....
No comments:
Post a Comment