Saya yakin ramai juga di luar sana pernah menerima nasihat yang serupa.
Soalnya: Perbuatan kerap mengangkat atau mendukung bayi yang menangis
akan menjadikan bayi kuat menangis dan mengada-ngada, mitos atau fakta?”
- Uswatun Hasnanah
Respons Vs Cry it out
Tahukah anda secara amnya, terdapat dua pendekatan popular yang di guna pakai di dunia apabila berhadapan dengan tangisan bayi iaitu :-
Kumpulan Pertama:
Ibubapa yang akan memberi respons segera setiap kali bayi menangis.
Kumpulan Kedua:
Ibubapa yang percaya dan mengamalkan kaedah cry it out (CIO) , (juga dikenali sebagai controlled crying).
Pengamal CIO membiarkan bayi menangis atau mengabaikan tangisan bayi
dalam tempoh waktu tertentu sebelum memikirkan untuk memberi respons
terhadap tangisan tersebut. Pengamal CIO percaya kaedah ini dapat
mendidik anak supaya tidak memanipulasi tangisan sebagai alat untuk
menarik perhatian, berdikari untuk menenangkan diri sendiri serta
belajar untuk menangis ketika perlu atau pada waktu yang sesuai sahaja.
Adakah tangisan itu suatu perkara yang negatif?
Umum mengetahui bahawa tangisan adalah satu-satunya cara bayi
berkomunikasi. Bayi tidak berfikir untuk menangis atau sebelum menangis.
Menangis adalah tindakan refleks.
Tiga sebab utama bayi menangis.
Pertama:
Untuk menyatakan keperluannya seperti lapar, mengantuk atau ingin
sendawa. Setiap keperluan asas ini diwakili oleh tindakan refleks yang
berbeza yang berlaku secara semula jadi di dalam badan bayi. Apabila
bunyi ditambah kepada tindakan refleks yang sedang mengambil tempat di
dalam badan bayi, maka bunyi yang unik dan tersendiri akan dihasilkan.
Ia serupa dengan fenomena sedu, sendawa, menguap, bersin atau batuk yang
dialami oleh orang dewasa. Bukankan semua fenomena itu berlaku secara
spontan dan datang dengan bunyi yang tersendiri?. Perbezaannya hanyalah
bayi tidak pandai mengungkapkan keperluannya dan untuk itu, bayi
menangis bila keperluan yang cuba disampaikannya tidak fahami atau gagal
diberikan.
Kedua:
Bayi menangis untuk memberitahu ada sesuatu yang tidak kena dengan
dirinya. Ia seperti bayi merasa sakit atau kerana tidak sihat.
Ketiga:
Kadang kala bayi menangis hanya kerana ingin dipegang, di dukung, di
belai atau diberi perhatian. Ia mungkin bukan satu keperluan harian
orang dewasa tetapi ia adalah keperluan harian penting bagi bayi.
Tanyalah kepada mana-mana pakar dan mereka akan memberitahu maha
pentingnya belaian dan sentuhan terhadap perkembangan emosi, sahsiah dan
intelektual bayi.
Atas semua sebab yang telah dinyatakan, perlu diketahui bahawa memberi
respons kepada bayi yang menangis dengan apa cara sekalipun tidak akan
sekali-kali merosakkan bayi atau menjadikannya seorang yang
mengada-ngada. Bayi kecil tidak tahu perkara asas seperti beza siang dan
malam. Jadi belailah bayi anda apabila dia menangis.
Tangisan berlebihan boleh memudaratkan bayi
Sama ada anda pengamal CIO atau sebenarnya tidak pernah tahu akan
kewujudan istilah tersebut, satu fakta penting yang harus diketahui oleh
semua orang ialah tangisan berlebihan boleh memudaratkan bayi.
Sains memberitahu kita bahawa bayi akan merasa panik dan resah bila
dibiarkan menangis tanpa diberi perhatian. Lebih daripada itu, ia amat
memudaratkan bayi serta memberi impak negatif terhadap otak bayi.
Fakta di bawah adalah penerangan sains terhadap perkara ini:
1.Ketidakstabilan hormon dan bahan kimia di dalam otak
2.Kemunduran perkembangan intelektual, emosi dan kemahiran sosial.
Sumber :- http://pama.karangkraf.com/bayi/kenali-perihal-tangisan-bayi-1.109484
No comments:
Post a Comment