01- Hai anakku, ketahuilah sesungguhnya
dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke
dalamnya. Bila engkau ingin selamat agar jangan karam layari lautan itu
dengan sampan yang bernama TAKWA . ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah
TAWAKKAL kepada ALLAH.
02- Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH . Orang yang insaf akan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan ALLAH juga.
03- Hai anakku, orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH , maka dia tawwaduk kepada ALLAH , dia akan dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.
02- Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH . Orang yang insaf akan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan ALLAH juga.
03- Hai anakku, orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH , maka dia tawwaduk kepada ALLAH , dia akan dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.
04- Hai anakku, seandainya ibubapamu marah
kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu
bagaikan baja bagi tanam-tanaman.
05- Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu
boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
06- Dan selalulah berharap kepada ALLAH
tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah
kepada ALLAH dengan sebenar-benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan
terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.
07- Hai anakkku, seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana
tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan
sentiasa banyak melamunkan hal-hal yang tidak benar. Ketahuilah ,
memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada
memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.
08- Hai anakku, engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu
besar dan besi yang amat berat,tetapi akan lebih berat daripada semua
itu bilamana engkau mempunyai tetangga ( jiran ) yang jahat.
09- Hai anakku, janganlah engkau mengirim orang yang bodoh sebagai
utusan. Maka bila tidak ada orang cerdik , sebaiknya dirimu saja yang
layak menjadi utusan.
10- Jauhilah dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan bagaikan memakan
daging burung padahal berdusta itu telah memberikan akibat yang
berbahaya.
11- Hai anakku, bila engkau mempunyai dua
pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah
untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada
kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya
mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
12- Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana
sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila
makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.
13- Hai anakku, janganlah engkau langsung
menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan
saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan
kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
14- Makanlah makananmu bersama-sama dengan orang-orang yang bertakwa dan
musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara
meminta nasihat dari mereka .
15- Hai anakku, bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu
mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak
tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar maka setelah banyak ia
tidak mampu memikulnya, padahal ia masih ia mahu menambahnya.
16- Hai anakku, bilamasa engkau mahu mencari kawan sejati , maka ujilah
terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam
kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu maka bolehlah engkau
mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.
17- Selalulah baik tuturkata dan halus budi bahasamu serta manis
wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya
seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang
berharga.
18- Hai anakku, bila engkau berteman tempatkanlah dirimu padanya sebagai
orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia
yang mengharapkan sesuatu darimu.
19- Jadikanlah dirimu dalam segala
tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau
menghadap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya' yang akan
mendatangkan cela pada dirimu.
20- Hai anakku, janganlah engkau condong
kepada urusan dunia dan hatimu hatimu selalu disusuhkan oleh dunia
sahaja, kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja.
Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya
dengan dunianya.
21- Hai anakku, usahakanlah mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang
busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila
berdiam diri. Kalu berbicara usahakanlah agar bicaramu mendatangkan
manfaat bagi orang lain.
22- Hai anakku, janganlah engkau mudah ketawa kalu bukan sesuatu yang
mengelikan , janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti,
janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidal ada guna bagimu, janganlah
sia-siakan hartamu.
23- Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang
pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun , dan
sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya daripada berkata kotor tentu
akan menyesal.
24- Hai anakku, bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu.
Perhatikan kata nasihatnya kerana kerana sesungguhnya sejuklah hati ini
mendengarkan nasihatnya. Hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.
25- Hai anakku, ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja dan
nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau
tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau
akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. sebaliknya
janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana
sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka.
Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka,
kelak akan membinasakan dirimu.
Sumber : http://www.mselim3.my/2012/01/25-pesanan-luqman-al-hakim-kepada.html
No comments:
Post a Comment