Mood Comel..:-)


Tuesday 20 November 2012

SeLaMaTkAn PaLeStiN

http://palestinkini.info/

Berdoalah agar Allah memberi kemenangan & kebebasan kpd saudara Islam kita di bumi Palestin...

"DOA ITU SENJATA ORANG MUKMIN"

Sunday 18 November 2012

>> KoLeKsi kAtA2 DaRi UAI (~.~)



Wanita yang menutup aurat dengan sempurna umpama pelangi yang cantik, indah mata memandang tapi tidak boleh disentuh. 

Kalau nak kira nikmat yang Allah bagi kat kita, guna kalkulator pun boleh rosak kalkulator tu. 

Pujuklah diri kamu apabila kamu menghadapi musibah dengan mengatakan, "ada hikmah disebalik apa yang berlaku". 


Tuesday 13 November 2012

J-J kenduri kawen lagi...

12/06/2012 : rombongan Puan Adila Syaida ke Machang

10.30 am :-
Betolak ke Machang..lg myLilF tido..hehehe...mmg best lh Nur Qurratul 'Aisy ni..lg best,Tokku 'aisy yg pegang myLilF tu..hahaha...

on de way ke sna, stop jap kt salamku, ayah pengantin bli air..stok i kta nya, kot2 bdk2 kehausan...(cm jauh je prjlanan)..hehe..

11 am ++ :-
Tiba kt Bukit Bakar(15 nk smpai ke umah pengtin lelaki)...stop jap,tggu kwn2 yg lain.. smpat snap beberapa pics..jom layannnnnnn...

bermacam gaya...bermacam ragam myLilFighter..

+- kul 12 lbh,smpai kt dstinasi...

Dlm rmai2, pngtin pompuan yg bz + kalut + suka sakan ngn frens..blh ke mcm 2???should be,die la yg dok diam2, tp ni tidak...aduyaiii... sabor je laa..

pics x de sbb snap ngn camera org len..huhu..nnt akn d upload kn...

 yg buat kn mjlis ni lg best, sbb i & myFrens mkn mknan pengntin...huahuahua... time kt umah pmpuan, we all yg habiskn...kt umah laki pon, we all yg abeskn... x ptut...x ptut...tp bnda dh jd kn...hehehe...

2.0 pm :-
betolak blik....n myLilF memangggggggggggg bejurussss....tido tnpa menyusu...i luv u so muccchhhhhhh myLilF..:-P

Pliz klik here utk cerita sblm nye...:-)





J-J kenduri kawin...:-)


Alhamdulillah...dngn izinNya, kwn sy sah mnjd isteri... بارك الله فيك  kpd Norlela Adeli & Adila Syaida.. Smg mnjadi isteri yg solehah &  ibu yg mithali..aminnn...

09/06/2012
4.30 am :-
Bngn dr tido...smngt nk g teganu..hehehe..my hubby & myLilF still tido...

5.00 am :-
myLilF bngn,menyusu...abes susu, x tido ag... alang2 x tido, i pon mndi kn lh myLilF...tu ler, sape sruh x tido...pg2 dh kena mndi...kecian myLilF...:-P

5.30 am :-
myHubby bngn,trus mndi...mata still mengantuk...haha.. ikt plan,katanya nk betolak ke tganu kul 5...tp 5.30 bru bngn..:-)

6.00 am :-
myLilF tertido...selamatttt...hehehe...On de way ke teganu...myLilF kt blakang,tidoooo...

sdp tido ade bntal bcuk die..:-P
Perutku memanggil..nk stop mkn, tkt myLilF bngun,so myHubby trus drive..smpai satu saat myPerut berkata "Tlng la brhnti mkn..isk3..".. myHubby stop kt mna eh, i pon x knl tmpat tp dpn msjid..i p bli nsi, myHubby jga myLilF..x siap bli nsi ag, myLilF dh jga..cm tau2 je we all dh stop kete..adushhh!! 
cm mno nk mkn ni??
solution...myHubby mkn kt kedai, i mkn dlm kete..mjur ler myLilF x nangis, die dok men je time i mkn...

9.00 am :-
Sampai kt umah lela....lela dok make-up,we all kt luar...sempat la jgak snap beberapa pics..:-)

my lilF & hubby



dh boring tggu kt umah,tggu kt msjid plak utk akad nikah sbb myLilF & myHubby nk tido.. +-+-+-,siap mjlis lela..Smpt la jgak tggu rombongan lelaki smpai..

12.00 pm :- Betolak blik sbb myHubby ade friendly bola kul 4.. Alhamdulillah,2.30pm slmat smpai kt umah & myLilF x meragam...

moral of de story
"len kli blh bwa lg myLilF jln2m jauh sbb x meragam"
..hehehe..:-P






Wednesday 7 November 2012

~~~Didikan Melalui Tauladan~~~

"Jika seorang ingin mendidik anaknya mendoakan ibu bapanya, ibu bapa terlebih dahulu kena rajin mendoakan anaknya."
InsyaAllah....

Rasulullah s.a.w. telah menggariskan empat tahap mendidik anak iaitu:


Tahap pertama : Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendakkah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak.

Tahap kedua : Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh(14 tahun)hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.

Tahap ketiga : Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.

Tahap keempat :  Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat.Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.


7 Kaedah Mendidik Anak dgn. cemerlang -- Dr. Fadzilah Kamsah
1) Kaedah Pesanan & Arahan - Antara bentuk pesanan dan arahan kepada anak-anak :
  • Mengenai solat di awal waktu
  • Adab dengan orang tua-tua
  • Adab dengan guru
  • Adab dengan kawan-kawan
  • Tugas harian di rumah
  • Mengemas bilik sendiri termasuk meja belajar.
  • Tatacara makan mengikut sunnah nabi
  • Cara belajar yang berkesan
  • Ingat sentiasa menutup aurat apabila keluar dari rumah
  • Keselamatan jalan raya
  • Tanggungjawab melindungi adik-adik.

2) Kaedah Bercerita - untuk mendidik anak-anak secara tidak langsung melalui pemahamam minda bawah sedar mereka, menyampaikan maklumat dan menyerapkan pengajaran yang boleh dicungkil daripada cerita tersebut, mengerat dan merapatkan hubungan anak dan ibu bapa, anak-anak boleh menggambarkan di minda mereka dengan lebih jelas dan ini lebih berkesan bergantung kepada kemahiran pencerita.

3) Kaedah Soal Jawab - akan menggerakkan minda anak-anak.
Ibu bapa hendaklah memberi penjelasan atau jawapan kepada persoalan yang ditanya oleh anak daripada orang yang mahir dalam bidangnya.

4) Kaedah Merujuk Pengalaman lalu - jdkan penglman yg +ve sbgai teladan & yg -ve sbgai pengjran...Buktikan dngn gambar,doc or barangan peningglan supaya mudah faham.

5) Kaedah Nasihat & Teguran - meliputi hal akidah,akhlak, kesihatan,tgjawab, suci hati dan erti kesusahan.

6) Kaedah Bermain & Bergurau - apabila anak berasa gembira & disayangi,insyaAllah mereka akn menjd anak y b'disiplin & b'akhlak mulia.

7) Kaedah Latihan yg Berterusan - mengikut jantina,usia dan jngn lupa beri pujian sekiranya anak-anak berjaya melepasi latihan yg diberikan.

Sekian.....

Monday 5 November 2012

CeRiTaNyA...BiLa 'AiSy 5 BuLaN

my lilFighter dah berusia 5 bulan..Alhamdulillah,sepanjang 4 bulan,xde mslh utk uruskan my lilFighter (tp Tok Ku 'aisy ade la jgk membebel...katanya:"buahnyo(buas/xleh dok diam) 'aisy ni..tu la,madi(my hubby) dok men bola sokmo maso bini ngandung..kaki 'aisy xleh dok die..nok men sokmo..hehehe..."
Fuhhhh....meme lth la jgok jga 'aisy..loni pandai dh guling99X.. letok ats tilam, last2 tngk dok dpn pintu bilik...adoiiiiiyaaaaaa....

kompem xleh tngal sorg2..tkt terguling ats tangga,msuk bwh kerusi and +++...tkt t'jd bnda y x di ingini...mintak dijauhkan...

biarkan ia men, tp selalulah perhatikan ia..:-)

ni ade sdkt perkongsian ilmu tentang bayi 5 bulan...

semoga 'aisy membesar dngn baik dan menjadi anak yang solehah..aminnn...

 Harap2 'aisy dpt buat sume ni dlm usianya 5 bln..InsyaAllah...:-)

To Be Continue....

 


hApPy fAmilY!!!

7 Asas bagi membina keluarga bahagia iaitu:-

1. Iman dan Taqwa kepada allah

Untuk membentuk keluarga yang bahagia sebenarnya ianya bermula di rumah. Hendaklah mengutamakan keluarga dalam apa jua yang di lakukan. Pastikan juga suami/isteri/anak boleh membaca AlQuran malahan kebahagiaan datangnya dari ketenangan hati yang beriman dan bertaqwa. Itu sebabnya banyak kejadian dimana anak-anak banyak yang lari dari rumah sebab tiada kebahagiaan di rumah. Kedua ibu bapa terlalu sibuk mencari rezeki sehingga anak-anak terabai.Perlu juga pergi kursus kekeluargaan semuga ilmu yang baik boleh dimanfaatkan didalam keluarga.
2. Kasih-sayang
Dalam memberikan kasih sayang yang tiada terhingga kepada keluarga hendaklah  dengan cara
    a. membagi hadiah sebagai tanda ingatan
    b. memberi kata-kata rangsangan ataupun memuji dengan perkataan yang baik.
    c. sentuhan fizikal seperti bersalaman antara anak dan kedua ibu bapa.
    d. masa yang berkualiti bersama-sama seperti makan bersama, tenguk tv bersama-sama ataupun pergi bercuti bersama-sama keluarga.
  e. memberi khidmat contohnya sentiasa membantu dan saling tolong menolong.

 Ustazah Siti Nor Bahyah juga mengaitkan dengan rahsia kebahagiaan hidup Rasullullah dimana memanggil isterinya dengan nama manja. Malahan bersama selalu membantu Saidatina Aishah menguruskan rumah tangganya. Begitu juga airtangan mak dimana setiap anak akan tetap mengatakan masakan mak atau isteri adalah terbagus walaupun hanya yang biasa-biasa sahaja kerana mak atau isteri memasak dengan penuh kasih sayang buat keluarga tercinta. Itu rahsianya kenapa sehingga bila-bila masakan mak tetap menjadi ingatan.

3. Pergaulan yang baik
Ianya bermaksud pergaulan yang baik didalam keluarga dimana sentiasa bercakap bahasa yang lembut begitu juga dari segi intonasi suara dan memek muka. Dengan bersalam, senyum, sapaan yang baik dan mengunakan bahasa yang sopan semuga kehidupan keluarga sentiasa aman bahagia.

4. Amanah dan tanggungjawab
Ingatlah kehidupan kita di dunia ini adalah memikul tanggungjawab sebagai hamba allah maka hendaklah kita menjaga amanah tersebut dengan bertanggungjawab. Semua yang kita ada sebenarnya milik allah dan pada bila-bila masa sahaja Dia boleh mengambilnya tanpa izin kita sebab kita dalah milik Dia yang abadi. Dari itu walau bagaimana sibuk pun bentuklah anak yang soleh semuga membawa keberkatan kepada keluarga.

5. Rezeki yang halal.
Rezeki yang halal lah yang membentuk darah daging kita dimana segala rezeki makanan yang kita makan perlulah datangnya dari sumber yang halal semuga mendatangkan keberkatan. Puncanya mestilah halal. Hendaklah menjaga supaya yang haram dari segi makanan, perbuatan dan sebagainya yang menimbulkan haram hendaklah dijauhkan. Begitu juga dengan zakat harta hendaklah diakelurkan zakat dari rezeki yang kita perolehi.

6. Banyakkan doa kepada Allah SWT.
Ada beberapa surah yang boleh kita amalkan yang boleh menjadi amalan selain daripada selalu berdoa semuga kehidupan kita di berkati dan di rahmati Allah SWT.

7. Berbuat baik kepada kedua ibu dan bapa
Setiap perbuatan kita jika mendapat restu dari kedua ibu bapa maka penuh berkat. Sentiasa berbaik-baik dan menjaga kedua ibu bapa dapat memberi kebahgiaan kepada keluarga.

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Maksudnya : "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa"
(Al-Furqaan : 74)

Semoga keluarga bahagia menjadi milik kita..InsyaAllah.



Semoga menjadi sebuah keluarga yang bahagia & di redhai Allah swt... Amin...


Sunday 4 November 2012

Makanan Berkhasiat, Anak Sihat

nUr QuRrAtUl 'AiSy

mY lilFighter dh nak msuk 6 bulan...so sy pon cri la bhan bcaan yg b'kaitan pemakan for my lilFighter... Di bwh ni ade sdkt tips mengenai pemakanan baby > 6months...(sumber PAMA)

Untuk membantu anak mendapatkan nutrien yang cukup bagi tumbesaran yang optimum, ada beberapa tip boleh dijadikan amalan.
Tip 1: Beri protein yang mencukupi

Jumlah protein yang mencukupi dalam diet harian anak penting untuk kesihatannya. Protein bukan sahaja menyumbang ke arah tumbesaran tubuh untuk kanak-kanak yang sedang membesar tetapi juga untuk membantu membina dan memperbaiki tisu badannya yang rosak. Berdasarkan Saranan Pengambilan Nutrien (Recommended Nutrient Intake -RNI) untuk rakyat Malaysia, kanak-kanak yang berusia di antara satu hingga tiga tahun memerlukan sebanyak 14gm protein setiap hari manakala kanak-kanak yang berusia di antara empat hingga enam tahun memerlukan sebanyak 23gm protein setiap hari. Oleh yang demikian, pastikan anak anda mendapat protein yang secukupnya.

Tip 2: Pastikan anak cukup zat besi

Bagi kanak-kanak yang sedang membesar, zat besi penting untuk penghasilan hemoglobin iaitu komponen dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh tubuh. Untuk pengetahuan, jumlah darah meningkat sejajar dengan peningkatan pertumbuhan anak. Oleh sebab itulah kanak-kanak perlukan zat besi yang secukupnya.  Zat besi boleh diperoleh daripada daging merah, hasil tenusu, makanan laut, legum dan sayur-sayuran hijau seperti brokoli. Ketahuilah bahawa vitamin C yang ada dalam buah-buahan sitrus boleh untuk membantu menyerap zat besi dari sumber bukan daging.

Tip 3: Hadkan pengambilan gula

Gula merupakan karbohidrat ringkas dan boleh didapati dalam buah-buahan, makanan pencuci mulut dan minuman berperisa. Seperti yang diketahui ramai, gula membekalkan tenaga tetapi kurang kandungan nutriennya. Jadi, pastikan anak anda tidak terlebih mengambil gula. Selain itu, elakkan daripada memberi anak minum minuman berkarbonat dan galakkan anak minum banyak air kosong.

Anda juga perlu mengehadkan pengambilan snek yang manis oleh anak. Sebaliknya, galakkan mereka makan makanan yang kaya nutrien dan tenaga. Antara makanan yang disarankan ialah seperti buah-buahan kerana buah-buahan bukan hanya mengandungi gula tetapi juga kaya dengan pelbagai jenis vitamin. Selain buah-buahan, karbohidrat kompleks pun bagus untuk anak anda kerana berkanji dan berserat. Beri anak anda banyak karbohidrat kompleks seperti nasi, mi, oat atau bijirin. 

Tip 4: Jangan gunakan garam

Banyak makanan yang siap yang ada di pasaran bukan dibuat untuk kanak-kanak dan selalunya mengandungi terlalu banyak garam. Jadi, elakkan membeli makanan siap untuk anak. Sebaiknya sediakan sendiri makanan untuk anak. Akan tetapi ketika menyediakan makanan untuk anak, kurangkan penggunaan garam dan kalau boleh jangan masukkan garam ke dalam makanan mereka terutamanya bagi makanan bayi.

Tip 5: Pengambilan lemak baik

Bukan semua lemak tidak baik untuk kesihatan. Tidak kira sama ada orang dewasa ataupun kanak-kanak, masing-masing perlukan lemak untuk kegunaan tubuh. Lemak mengandungi asid lemak yang penting dan sesetengah jenis mikro nutrien yang sangat diperlukan untuk pembentukan otak dan menjalankan fungsinya dengan sebaiknya. Akan tetapi, walaupun lemak baik, anda masih perlu mengawal pengambilan lemak oleh anak. Terlalu banyak makanan berlemak boleh memudaratkan. Oleh itu, pastikan makanan yang diambil anak perlulah seimbang.

Ketika menyediakan makanan untuk anak, pilihlah bahan mentah yang rendah lemak tepunya, rendah asid lemak dan rendah kolesterol. Walau bagaimanapun, elakkan memberi anak makan makanan rendah lemak yang diformulasikan untuk orang dewasa. Sebaliknya, pilihlah makanan yang mengandungi lemak daripada sayur-sayuran dan ikan kerana bahan-bahan tersebut kaya dengan Omega 3 dan Omega 6. Omega 3 boleh didapati daripada telur, ikan laut dalam seperti salmon, ikan bilis dan tuna.

Tip 6: Tetapkan waktu makan

Ajarkanlah tabiat pemakanan sihat kepada anak sejak mereka kecil lagi. Ini termasuklah bila waktunya mereka perlu makan dan bukan hanya apa yang boleh dan apa yang tidak boleh mereka makan. Kanak-kanak disarankan mengambil 3 hidangan utama dan  2 hingga 3 hidangan snek sehari. Hal ini membantu mengelakkan pengambilan makanan ringan yang tidak terkawal dan dalam masa yang sama mengurangkan risiko obesiti.

Ibu bapa disyorkan agar sentiasa membekalkan anak dengan snek yang berkhasiat seperti buah-buahan, makanan tinggi serat dan bijirin agar mereka dapat makan ketika lapar. Karbohidrat lengkap yang ada dalam bijirin, makanan kaya serat dan buah-buahan mampu membuatkan perut anak anda kenyang sementara menunggu waktu makan utamanya. Serat yang ada dalam buah-buahan dan bijirin baik untuk sistem penghadaman kanak-kanak dan membuatkan dia rasa kenyang untuk satu jangka masa yang panjang.

Tip 7: Makan bersama keluarga

Makan bersama keluarga adalah amalan yang baik dan perlu diamalkan oleh setiap keluarga yang ada di dunia ini. Inilah masanya untuk mengeratkan hubungan seisi keluarga. Jadi, sediakanlah hidangan yang istimewa dan pastinya makanan tersebut kaya dengan khasiat. Inilah juga masanya untuk ibu bapa mengajar anak etika di meja makan dan tabiat pemakanan yang baik.

Info tambahan:

Omega 6 ada dalam :
  • Minyak kacang soya
  • Minyak canola
  • Biji labu
  • Sayur-sayuran hijau
  • Walnut