Bayi kecil tidak semestinya tidak boleh diajar. Jika anda mahu bayi
anda menjadi pintar, anda perlu bersedia untuk melakukan apa sahaja
untuk membantu bayi anda mencapai sepenuhnya potensi dirinya. Bersama
ini ada 10 tip untuk membantu anak anda mencapai potensi diri.
1. Pengulangan
Bayi cepat belajar jika anda sentiasa melakukan pengulangan secara
konsisten. Sebagai contoh, jika anda mahu mengajar bayi anda tentang
warna, sebutkan warna itu misalnya warna biru. Begitu juga dengan abjad
atau nombor. Jika anda terjumpa abjad atau nombor, sebutkan dengan kuat.
Biarkan bayi anda mendengar. Jika anda lakukan secara kerap, bayi akan
cepat belajar. Anda juga boleh cuba meletakkan sekumpulan barang
berwarna sama di hadapan bayi anda. Seterusnya sentiasa mengulangi warna
itu. Ini adalah teknik pengajaran yang terbaik untuk bayi. Minda anak
anda adalah seperti ‘span’ pada usia ini, ia menyerap apa sahaja
pengajarang yang diberikan kepadanya. Sekarang, terpulang kepada anda
untuk mengisi dengan ilmu yang berguna.
2. Jangan berbahasa bayi!
Goo goo gaa gaa! Bahasa bayi yang begitu mengagumkan dan ia sememangnya
sangat menarik apabila anda melihat bayi comel berbahasa begitu. Tetapi
jangan ikut bahasa bayi anda, jika anda ingin mengajarnya
berkomunikasi. Cara ini memang sukar, tetapi inilah cara mengajar yang
betul untuk bayi anda bercakap. Cuba jangan bercakap bahasa bayi apabila
bersama dengannya. Cuba bayangkan anda sedang bercakap orang dewasa.
Paling bagus bercakaplah dengan menggunakan bahasa yang betul. Daripada
anda menggunakan ‘ne ne’ yang mewakili susu atau ‘mam mam’ untuk
makanan. Anda pasti teruja bila bayi anda dapat belajar dengan pantas
dengan bahasa yang betul.