Mood Comel..:-)


Tuesday 26 February 2013

20 Perkara Yang Berubah Selepas Mempunyai Anak

Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”…Betul kan?
Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku. 
1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.(setuju sbb sblm ni teramatlah bergantung pd org lain)
2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!(setuju + berat badan yng melimpah ruah naiknya..huhu..)
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!(setuju..bangunnya utk bermain,si ibu terpaksa menemaninya..isk3..)
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.(setuju sbb kita tahu bgmana payahnya mnjadi ibu & ayah)
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit.(setuju..rela berhabis ape saje demi anak)
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat…;-)(amat setuju..kalau lil princes x tidur, si ibu sudah tido,si abah la mangsa mnjdi pengasuh..)
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak..(setuju..)
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri. (setuju..)
9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo! (setuju..tp risau jgak kalau terpoo-poo acap kali..huhu..)
10- Kita akan lebih menghargai diri kita.(setuju)
11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja. (setuju..rela kejutkan 'aisy supaya bngun dr tido..hehehe.)
12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis. (setuju..)
13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.(setuju..skrg risau sbb my lil princes dh 9 bulan still xde gg..)
14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukakannya.(setuju..tp tggu 2 3 thun lg..nk beri ksh syg y ckup dlu pd my lil princes ni..hehehe)
15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.(setuju)
16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat! (setuju)
17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak! (setuju)
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.(setuju)
19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing. (setuju)
20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan! (setuju sangat2)
Lain-lain perubahan :-
- body sendiri dah berubah allignment(tp maintain lg takat ni..heheheh)..
- dulu asyik fikir shopping baju sendiri sekarang lebih pada baju dan mainan anak..
-paling penting setiap perkara dilakukan mengambil kira kebajikan anak(terutama dr segi kewangan).

No comments:

Post a Comment